Friday, February 21, 2014

Apakah perbezaan KSSR dengan KBSR?


Apakah maksud Kurikulum Standard?

KSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran didefinisikan seperti berikut: 

- Standard kandungan ialah penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

- Standard Pembelajaran ialah satu penetapan kriteria atau petunjuk (indicator) kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.






SOALAN LAZIM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)

Mengapakah KSSR diperkenalkan?


KSSR diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21.







Apakah itu Dasar MBMMBI?




Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

Monday, January 27, 2014

SELAMAT TAHUN BARU CINA


PTTJ ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2014 kepada semua staff dan pelajar-pelajar yang menyambut perayaan tersebut. 

~GONG XI FA CAI~



Sunday, January 5, 2014

Berita Baik!!

Pendaftaran masih dibuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah. Sila ambil peluang ini untuk berdaftar bersama kami. promosi kepada 20 pelajar pertama masih lagi terbuka kepada anda!!.. 



Selamat Hari Natal dan Selamat Tahun Baru 2014


PTTJ ingin mengucapkan selamat Hari Natal dan SelamatTahun Baru 2014 kepada semua staff dan pelajar-pelajar yang menyambut perayaan tersebut. Walaupun telah berlalu tetapi semangat tetap ada seperti mana kami bersemangat mencurahkan segala ilmu dan pengetahuan kepada anda di Pusat Tuisyen Teras Jaya.